Thursday, November 11, 2010

MENGHINDARI PERUT MENJADI BUNCIT

Unik tapi Fakta -Perut buncit bukan didominasi oleh orang yang gemuk saja tetapi orang yang tubuh langsing pun bisa berperut membuncit. Anda pasti pernah melihat orang seperti ini. Penyebab perut buncit sebenarnya ada pada makanan favorit yang sering kita konsumsi. Ada beberapa hal supaya Anda terhindar dari memiliki perut buncit :


1. Hindari makan garam terlalu banyak. Garam membuat tubuh mengikat banyak air. Seperti dikutip Prevention.com, banyaknya garam yang dikonsumsi membuat perasaan lesu, penampilan bengkak, ditambah berat badan naik akibat resapan air di tubuh banyak.

2. Kurangkan makanan yang mengandung karbohidrat. Di dalam tubuh karbohidrat diubah menjadi glikogen atau simpanan karbohidrat untuk cadangan tenaga. Sama seperti garam, glikogen juga mengikat sekitar tiga gram air. Dan ketika glikogen tidak dibakar, maka sudah dapat dibayangkan apa yang terjadi pada tubuh kita bukan? Jadi mengkonsumsi karbohidrat harus diimbangi dengan olahraga untuk membakar glikogen dalam tubuh.

3. Hindari makan gorengan secara berlebihan. Makanan yang digoreng adalah sumber makanan yang kaya akan lemak. Oleh tubuh, lemak dicerna lebih lambat sehingga mudah menumpuk dalam perut.

4. Jangan konsumsi minuman berkarbonat. Saat mengkonsumsi minuman berkarbonat, gelembung-gelembung dalam minuman tidak ikut tercerna di lambung, melainkan akan terus tersimpan di dalam perut. Dengan demikian, bisa dibayangkan apa yang terjadi kalau gelembung tersebut terus mengendap di perut, dan tidak tercerna? ya, perut yang membuncit.

Friday, October 29, 2010

KOTA MARUDU

Dipetik dari Wikipedia


Marudu berasal dari bahasa salah satu suku kaum di Sabah. Kata "MARUDU" berasal dari bahasa orang-orang BALANINI iaitu dari kata "MAIRUDU" atau MAIULUDU"yang dalam bahasa Melayu membawa maksud " suatu kedudukan di situ-situ juga". Orang-orang Balanini yang mendiami perairan Teluk Marudu dan melakukan aktiviti menangkap ikan dan perdagangan laut di perairan Marudu sering kali belayar dari Limau-limauan Kudat menyusuri teluk Marudu hingga ke Kg telaga Pitas . Apabila mereka belayar balik ke seberang teluk di Limau-limauan mereka akan melalui jalan pintas atau menyeberangi Teluk Marudu dan bukan lagi menyusuri Teluk Marudu. Mereka yang berkomunikasi sesama orang laut apabila ditanya dari mana, mereka akan menjawab "Mairu du" atau "Mairu lu " atau dalam bahasa Melayu bererti "di situ juga" ( merujuk kepada kedudukan geografi Teluk Marudu yang membentuk satu lingkungan teluk yang besar). Lama-kelamaan istilah Mairudu bertukar ke marudu dan mailudu menjadi Maludu. Justeru itu, penulis-penulis Barat sering kali merujuk Marudu sebagai Marudu, Marudo atau Maludu.

Nama Marudu atau Marudu mula dipetakan oleh seorang ahli pelayaran Belanda pada tahun 1595 yang belayar dari Brunei melalui Marudu menuju ke Palawan dan seterusnya ke Pulau Sulu. Sewaktu di perairan Marudu beliau telah menemui orang-orang Balanini atau Banaran atau digelar juga oleh orang Sepanyol sebagai "Camucones" yang menjadi askar laut kerajaan Brunei dan Sulu ketika itu. Orang-orang Balanini juga menamakan beberapa tempat di kawasan Teluk Marudu menggunakan bahasa mereka, antaranya ialah " Matunggong" ( bererti di hujung pulau kecil dari kata Ma Tong Gong iaitu sebuah pulau kecil di muara sungai Matunggong di Teluk Marudu), Bak-Bak ( bererti tempat berjumpa dari kata "Bak ", iaitu sekarang Pantai Bak-Bak di Kudat ), Bulih Adjung ( bererti buritan kapal jong dari dua kata iaitu Buli dan Adjung, sebuah tempat berhampiran sungai Tandek, Kota Marudu ),Sampang mangayau ( bererti menemui orang untuk beradu kekuatan, dari kata Sampang dan kata Mangayau ), " Pitas " dari kata "Pi Tas" ( Pitas dalam bahasa Balanini bererti "suatu keadaan yang satu tapi akhirnya tercerai atau terpisah secara tidak sengaja" ), Malubang dari kata "Ma Lobong" yang bererti "di tempat yang ada kuburan", Tombarungus ( dari kata "Tong Ma Rungus" yang bererti "Tanjung hujung yang dipunyai oleh orang Rungus " )dan banyak lagi nama-nama tempat di perairan Teluk Marudu berasal dari perkataan Balanini.

Kota Marudu asalnya bernama Bandau. Nama ini telah digunakan sejak sebelum Negeri SabahMalaysia, sehinggalah tahun 1974. Menurut legenda daerah ini, Bandau adalah terbitan daripada perkataan 'Mondou' daripada diaiek suku Momogun RungusMondou dipercayai pada suatu masa dahulu di jumpai oleh Aki Rungsud kawasan di sepanjang Sungai Bandau. mencapai kemerdekaan melalui [Kadazandusun] yang bermaksud "ketua semua binatang buas" yang rupanya seakan-akan musang.

Manakala nama Kota Marudu yang digunakan untuk menggantikan Bandau adalah sempena peninggalan sebuah kota/kubu yang terletak di Teluk Bandau. Kota atau kubu Marudu merupakan sebuah kota yang diperbuat daripada batu-batu, tanah dan kayu-kayu keras seperti belian dan nibung yang dibuat oleh Shariff Osman dan pengikut-pengikutnya untuk mempertahankan Kota Marudu daripada pencerobohan penjajah Kompeni British. Di kawasan kota ini terdapat beratus-ratus (mungkin ribuan )kuburan-kuburan para pejuang yang berjuang menentang penjajah British dan juga Makam Syariff Osman dan anaknya Syariff Merum. Makam syarif Osman dulunya mempunyai dua batu nisan yang jarak antara keduanya mencapai 20 kaki dan dipercayai memanjang setiap hari. Makam ini dulunya dijaga dan diletakkan kelambu kuning tetapi pada masa ini ia telahpun tidak diurus dan terbiar.

Istilah Syariff Osman adalah lanun sebenarnya adalah istilah yang diberikan oleh Penjajah British untuk memburuk-burukkan nama syariff Osman. Menurut D.s Ranjit Singh, dalam Buku COMMERATIVE HISTORY OF SABAH 1881 - 1981, m.s 96, Syariff Osman diisytiharkan sebagai lanun dan pemberontak oleh Raja Muda Hashim ( Brunei ) dan sekutunya British dan James Brooke kerana Syariff Osman menjadi ancaman kepada pertuanan Brunei di Sabah dan James Brooke di Sarawak serta pihak British. Syariff Osman telah secara terbuka mengisytiharkan sokongannya terhadap Pengiran Yusoff yang berperang dengan Raja Muda Hashim/British dan mengistiharkan bahawa beliau menentang penjajahan British dan mengisytiharkan kerajaan sendiri. Tindakan ini mengugat kekuasaan pihak Brunei,James Brooke dan British. Syariff Osman sebenarnya adalah pemerintah di Kawasan Kota Marudu yang diperuntukkan oleh Sultan Sulu.Isteri Syariff Osman adalah seorang Puteri Sulu dan anak saudara Sultan Sulu.Syariff Osman adalah seorang berketurunan syariff berdarah campuran Suluk/Bajau/Brunei bersepupu dengan Syariff Masyhor di Sarawak yang terlibat menentang penjajah British sehingga dibuang negeri ke Singapura.

Menurut bahasa Momogun Rungus pula,Kota Marudu berasal dari kata bahasa Momogun Rungus iaitu "Sindaat Mogkorudu" di mana kawasan Bandau selama hampir 100 tahun dalam kiraan kalendar Momogun Rungus telah ditinggalkan setelah perang melibatkan Sindaat [sihir] yang dilancarkan oleh Aki Sook, seorang Bobolizan Rovusan. Menurut legenda Momogun Rungus, Bandau telah dibuka oleh Aki Rungsud sebagai satu pusat perdagangan sistem barter pada zaman lampau dan pada zaman Aki Sook telah berlaku perebutan kekuasaan antara Momogun Rungus Pilapazan dan Momogun Rungus Kirangavan yang mengakibatkan perang Sindaat [Sihir]. Setelah Sindaat Mogkorudu dilancarkan pusat perdagangan barter Momogun Purba itu telah ditinggalkan dan dikosongkan selama hampir 100 tahun iaitu selepas melalui kalendar Upacara Mamasi Pomogunan dan Upacara Managas.

Syariff Osman memerintah Marudu atas perkenan Sultan Sulu.Walau bagaimanapun, akhirnya ia mendirikan independent chiefdom yang berkecuali dan disebutkan " many people came to settle under his jurisdiction as he could provide protection and security ". R.S Singh " The Development of Native Administration in Sabah 1877-1946" dalam buku COMMERATIVE HISTORY OF SABAH 1881-1981, m.s. 96.Oleh itu, Syariff Osman sebenarnya adalah seorang Pemerintah Bebas, Pejuang, Pelindung Rakyat Marudu dan bukannya lanun.

Menurut S.St.John dalam bukunya 'Life in the Forests of the Far East', London, 1863, pp.394-6 disebutkan bahawa penduduk yang mendiami Shariff Osman,s Chiefdom ( Marudu atau Maludu)dianggarkan lebih kurang 50,000 orang ( tahun 1840 an ) dan pekerjaan utama penduduknya ialah penternakan dan nelayan.

Syariff Osman terlibat dalam perang menentang penjajah Inggeris sekitar tahun 1840 an. Sehingga pada hari ini Bandau yang dikenali dahulu mengambil nama Sindaat Mogkorudu [Marudu] yang dilancarkan oleh Aki Sook yang berperanan sebagai pelupus dosa-dosa Momogun dalam upacara Agama Labus iaitu agama leluhur Momogun Rungus. Mogkorudu bermakna "meratap atas kematian". Legenda ini terus hidup dalam suku Momogun Rungus.

Manakala dalam Peta Penjajah Sepanyol abad ke-13 Marudu ditulis sebagai Maludu dan dipercayai adalah antara dokumen sejarah tertua yang mencatatkan nama Marudu.

Wednesday, October 13, 2010

KOTA MARUDU & PEMBANGUNAN


Tulisan Abansey


Kota Marudu @ Bandau menjadi kebanggaan kerana terdapat pembangunan fizikalnya yang semakin kelihatan semenjak beberapa tahun kebelakangan ini. Sekadar menyebut pembangunan infastruktur (jalan raya,kemudahan awam, bangunan-bangunan perniagaan, peluang pekerjaan) dan pembangunan pendidikan menjadi satu ukuran bahawa Kota Marudu sedang menuju ke arah pembangunan positif. Tulisan ini bukan untuk membawa sebaran persoalan atau perdebatan negatif kepada para penduduk Kota Marudu tapi ini lebih kepada luahan cinta saya kepada Kota Marudu.


'Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri' merupakan bidalan yang sentiasa digunapakai oleh orang untuk mengingatkan diri supaya tidak lupa diri apabila berada di tempat orang. Sentiasa terngiang-ngiang dalam telinga saya sehingga kini ketika saya masih menuntut di Universiti Malaysia Sarawak. Beberapa individu yang kurang bijak menunjukkan rasa hormat bertanya asal usul saya. Saya dengan mudah menjawab Kota Marudu di Kampung Talantang 1. Mereka akan abaikan kampung saya tetapi akan meresponi jawapan saya dengan ayat seperti ini "Oh..Teluk Marudu,kawasan termiskin di Malaysia tu kan". Respon awal saya adalah senyum kambing tetapi lama kelamaan,saya semakin berani menjelaskan kepada golongan seperti mereka ini.


Sering saya jelaskan bahawa Kota Marudu merupakan daerah yang kaya dengan adat resam dan budayanya. Berbilang kaum bergaul dan sentiasa menghormati antara satu dengan yang lain. Hidup dengan budaya seperti ini mampu memberi kemajuan positif kepada emosi penduduk. Dengan menerapkan sikap seperti ini, maka nilai budaya di daerah Kota Marudu akan sentiasa terpelihara dan secara langsung dapat memberi impak kepada pembangunan seperti yang ada ketika ini. Mungkin ada yang bersetuju bahawa pembangunan sesebuah negara itu adalah berlandaskan kebijksanaan pemimpinnya, tetapi bagaimana dengan kejayaan sesebuah negara adalah berlandaskan sikap menghormati di kalangan masyarakatnya??? Ada sesiapa yang tidak bersetuju???


Biar saya jelaskan sedikit idea ini. Sebagai daerah yang kaya dengan kepelbagaian budaya, Kota Marudu mampu membangunkan daerah dengan sikap saling menghormati. Kenapa saya katakan begitu??? Saya berikan contoh mudah. Bagaimana mahu menjayakan Pesta Jagung sekiranya sikap menghormati tidak ditunjukkan???Jika sikap mementingkan suku sendiri diamalkan dalam pesta ini,pastinya banyak program yang ada dalam Pesta Jagung tidak akan dapat dijayakan. Mustahil untuk satu suku kaum sahaja mampu menjayakan perayaan ini. Dengan adanya sikap menghormati maka slot-slot pembahagian perlu ada untuk setiap suku kaum. Inilah yang dikatakan sikap MENGHORMATI.


Untuk pemuda pemudi Kota Marudu,terdapat banyak perkara yang boleh dilakukan untuk membangunkan daerah kita. Alasan seperti tahap pendidikan yang berbeza atau taraf kehidupan berbeza adalah alasan yang tidak logik sama sekali dalam membangunkan Kota Marudu. Marilah kita sama-sama berganding bahu dan mencurah tenaga demi kepentingan seluruh warga Kota Marudu.


Salam rindu.

Aban Gaban


Saturday, October 2, 2010

PANGAKO SAYO

Singing by : Vina Morales

Noon akala ko
Ang wagas na pag-ibig
Ay sa nobela lang
Matatagpuan
At para bang kay hirap
Na paniwalaan

II.

Ikaw, ikaw pala
Ang hinihintay kong pangarap
Ngayong kapiling ka
At tayo'y isa
Hindi ko hahayaan
Na sa atin ay may hahadlang

Chorus:

Pangako sa 'yo
Ipaglalaban ko
Sa hirap at ginhawa
Ang ating pag-ibig
Upang 'di magkalayo
Kailan man
'Pagkat ang tulad mo
Ay minsan lang sa buhay ko...

Repeat II:

Repeat Chorus:

For better or for worst
For richer or for poorer
In sickness and in health
Till death do us part

Upang 'di magkalayo
Kailan man
'Pagkat ang tulad mo
Ay minsan lang sa buhay ko...
video
wish to have a girl that sing this song to me...Salim is so lucky.hehe

Thursday, September 30, 2010

SALIM KENA PUKAU!!!

Written by Abansey

Seawal jam 6 lebih pagi tadi,saya dan salim macam biasa bangun untuk siapkan diri. Siapkan diri bukan untuk pergi shopping (hujung minggu baru shopping da...)tapi untuk bersiap-siap kerja la. Konon kami ni pekerja paling berdisiplin la. Salim perlu punch card semelum jam 7.30pagi dan saya macam biasa perlu datang sebelum jam 9 pagi. Tapi hal kerja dan dan hal kelambu tidak perlu saya cerita la kan. Hanya orang yang terlibat sahaja yang tahu (termasuk si Iqbal yang curang dan meninggalkan kami) dan perlu tahu.hehe..

Tapi cerita yang saya mahu kongsikan di pagi yang hening dan sejuk tahap gaban adalah Salim kena pukau (dalam erti kata lain...saya Ram Buraal pun kena pukau) seawal pagi. Kenapa kunun saya cakapa kena pukau??? Sebab rumah kami kena pecah lagi ni buat kesekian kalinya. Tapi kali ini pencuri tu gagal masuk sebab kami yang hencem ni telah menambah kunci tambahan. Kami memakukan paku (bukan paku pakis) di dinding pintu. Pencuri tu hanya berjayaunlockedtombol pintu,cermin tingkap dan playwood (bukan Tiger Wood tau) sahaja. Kotoh tu pencuri...baru dia rasa kehebatan orang Sabah ni (dengan merujuk bahawa pencuri tu PATI) selepas dia (atau mereka) berjaya mencuri HTC dan kamera saya hari tu.


Syukur saya bukan perempuan...

Tapi kan...saya rasa kami kena pukau bah tu. Sebab kami tidak sedar ni bila semua aktiviti menceroboh tu berlangsung. Kami cuma perasan selepas kejadian..itu pun selepas bangun dari mamai tidur. Tapi kan...bos saya cakap senang saja mau elakkan pukau tanpa melibatkan ilmu pedinding atau ilmu hitam (yang sembahyang hantu semua tu)...apa yang diperlukan cuma beberapa perkara seperti ;

1. Kalau mau tidur,pakaian mesti di pakai terbalik. Maksudnya semua pakaian termasuk pakaian dalam perlu diterbalikkan.
2. Ambil ikan 'koruk' atau nama rasminya puyu dan simpan dalam akuarium dan letakkan dalam bilik tidur.


puyu sedap kali masak cili tau..
ini ikan puyu dan akuarium yang boleh di guna..


Jadi kepada kawan-kawan yang ingin mengelakkan diri dari kecurian barang-barang peribadi atau barang-barang yang di pinjam dari kawan-kawan...mari kita cuba amalkan petua-petua orang tua ini. Tidak salah untuk mencuba bah kan.Mana tau 'malang tidak berbau' dan 'sediakan puyu sebelum pencuri datang bilang tu...

Okay la..mau preparing untuk pembentangan lepas ni. Selamat membaca dan selamat beramal...

Tuesday, September 28, 2010

PERUT SAYA ADA TOYOL!!!



Masuk hari ini...sudah 1 bulan saya sakit perut.Semenjak balik dari kem hari tu lagi..perut saya terus sakit ni. Kadang-kadang ja ada cuti sakit ni perut tapi lebih banyak masa sakit memaaaaaaaaaaaanjang saja...ada apa dengan perut saya ni???

Perut saya ada toyol!!!itu yang saya rasa la. Sebab setiap kali selepas saya makan,saya mesti sakit perut. Toyol kan memang begitu. Setiap kali tuan dia suruh ambi RM2,si toyol akan ambil lebih dari RM2. Itu memang dasar seekor toyol. Toyol dalam perut saya pun begini juga. Setiap kali saya makan, si Toyol akan jadikan makanan dalam perut saya ni sebagai racun. Kalau racun yang bikin pandai..bagus jg. Ini racun yang menjadikan perut ini menjadi penyumbang tetap kepada Bilik Termenung di Yayasan Sabah ni.



entah mana satu toyol yang ada dalam perut saya ni..











Monday, September 27, 2010

DI ANTARA RUANG


Written by Abansey

di antara ruang itu adanya jarak
jarak yang mampu memisahkan sesuatu
sesuatu yang belum tentu nilainya
nilai hidup gambaran peribadi aku...

di antara ruang itu adanya ketinggian
ketinggian yang sering mengganggu kalbu
kalbu yang pastinya di belenggu
belenggu kisah hidup paeribadi aku...

di antara ruang itu mungkin ada seseorang
seseorang yang sering mengusik jiwa
jiwa bergelora kadang-kadang menyerang
setiap butir serangan itu adanya aku...

di antara ruang itu yang pasti ada aku
aku yang sentiasa dipisahkan nilainya
nilai yang mengguris tawa kalbu
menyerang aku membentuk kukuhnya jiwa...


(wrote while looking at the floor...hahaha..ada-ada ja ni)


i don't know what i'm looking at..hehe